?

Log in

No account? Create an account
Marwan's Little Journal on the Web
When commenting, be nice!
Recent blah-blahs 
Wednesday, 19th September 2012 4:57 PM - About to post a
pain, hurt, ouch
Wow, I haven't been using LJ since forever. O_O

Anyway, in another few days, I'll be using LJ to post one long entry -- a "fan review" if you will -- for a fictional game which I've called "No One". The premise is that it's a horror-themed first person shooter set in an abandoned space station... specifically, what if Deep Space is played in first-person perspective.

This is for my university class project, required to get marks for my Game Design Management class. I'm required to do a fictional review for the game I came up with, and post it in a blog or webpage I may have. I will then only need to give to my lecturer the URL to that blog entry.

Once I actually post that blog entry, feel free to pretend as if it's a real game and that you've "played" it before -- the more convincingly realistic, the better. (Yes, feel free to also criticize the "gameplay", point out the "bugs", etc. =P)
Wednesday, 22nd December 2010 2:24 PM - Two years of inactivity
shocked, surprised
Holy shit, I can't believe I haven't posted anything for 2 years! O_O

Well... I'm still alive. Nowadays, I use Twitter to post my daily stuff: http://twitter.com/MarwanGC
Monday, 17th November 2008 2:55 PM - Predator kitty
shocked, surprised
Hari ini, aku tengok sesuatu yang menajubkan: Seekor kucing menangkap seekor burung di belakang rumah. Kucing tu betul-betul seakan macam seekor harimau menangkap haiwan buruannya.

Lepas menyaksikan pemburuan ini, aku cakap mengenainya kat mak aku. Dia kata, kesian; kalau dia tahu, sebenarnya, dia nak pergi halau kucing tu. Alamak... o_o Aku tak tau pun yang, rupa-rupanya, mak selalu akan halau kucing setiap kali kucing cuba memburu burung kat belakang rumah. Sebenarnya, aku sendiri yang nak tengok kucing tu tangkap burung...

Lepas ni, kami kena clear belakang rumah pasal penuh dengan bulu burung... dan bangkai burung.

----------

Today, I witnessed something incredible: A cat preyed with a bird... in the backyard. That cat really acted like a tiger catching its prey.

After witnessing that event, I told my mother about it. She said, what a pity; if she knew a cat is about to prey a bird, she would've drove that cat out of the backyard. Oops... o_o I had no idea that my mother would usually drive cats out every time they try to prey on a bird in the backyard. Actually, I was the one who wanted to see that cat preying over one of those birds...

After this, we would need to clear the backyard, because it's filled with feathers... and a dead bird.
Wednesday, 12th November 2008 6:03 PM - Ujian berkomputer pemandu -- Computerized driving test
yay, hooray
Hari ini, selepas delay selama 7 bulan tak ambik-ambik lagi ujian (aku hanya ada masa sampai April 2009 untuk lulus), akhirnya aku gi ambik ujian berkomputer pemandu tu. Syukur alhamdulillah, aku telah lulus ujian tu dalam percubaan pertama. XD Nasib baik, pasal kalau tidak, kena terpaksa tunggu seminggu kemudian baru boleh ambik balik ujian tu.

Lepas ni, aku akan belajar pandu kereta...

----------

Today, after over 7 months haven't taken the test yet (I only have until April 2009 to pass), I've finally taken that computerized driving test. Thank god, I've passed the test with flying colors in my first try. XD Good thing, because otherwise, I'll have to wait for another 1 week before having to take that test all over again.

After this, I'll be learning how to drive a car...
Thursday, 23rd October 2008 11:00 PM - Holiday di Kulim -- Holiday at Kulim
smile
Pada hari esok (Jumaat), aku bersama ibu bapa akan pergi ke Kulim, Kedah, selama 3 malam, pasal nanti ada majlis perkahwinan kat sana. Selamat tinggal! =P

----------

Tomorrow (Friday), my parents and I will be traveling to Kulim, Kedah, for a 3-night stay there, because there'll be a wedding party there. See ya! =P
Thursday, 23rd October 2008 9:32 PM - Ripped-off
angry, pissed
Aku tak tentu samada nak post entry ni ke tidak, tapi rasanya bolehlah. Kira-kira beberapa hari lepas, Norton Internet Security 2008 tunjuk satu pop-up yang gitau yang versi terbarunya, Norton Internet Security 2009, baru jer keluar, dan aku layak untuk update ke versi baru ni. Aku pun gi updatelah, dan updater tu downloadkan dan upgradekan Norton ke versi 2009. Pastu ia secara otomatik jalankan program 2009 tu...

Dan ia gitau aku berita buruk: Subskripsi Symantec aku dah luput.

Aku rasa cam nak tarik rambut. >_< Aku cuba synchronizekan Norton dengan akaun Symantec aku, tapi ia masih report kat aku yang subskripsi aku dah luput. Aku baru jer update komputer ni dengan Norton Internet Security 2008 baru dua bulan lepas. Itu dengan Norton Internet Security 2008 yang dibeli kat kedai komputer, pasal masa tu masih takleh beli anything kat Internet lagi, so itulah satu-satunya cara nak renew subskripsi Norton masa tu iaitu dengan membeli versi baru Norton kat kedai setiap tahun. Subskripsi aku sepatutnya masih ada lebih kurang 300 hari lagi masa time aku gi update ke Norton Internet Security 2009.

Selama 15 minit, komputer aku terexpose ke bahaya-bahaya Internet. Aku taknak gi bersusah-payah installkan balik 2008. Alhamdulillah, masa ni, kalau korang dah baca blog aku kat deviantART (bahasa Inggeris sahaja), sekarang aku dah ada kad debit, so aku pun gi renew balik subskripsi Symantec aku dengan menggunakan kad debit aku. Ini ialah kali kedua aku melakukan pembayaran melalui Internet; kali partama adalah mengrenewkan balik subskripsi deviantART aku. Apa-apa pun, sebaik sahaja aku renew balik subskripsi Symantec aku, baru Norton Internet Security 2009 dapat berjalan seperti biasa, dan komputer aku kembali jadi secure balik.

Aku rasa geram pasal aku betul-betul rasa Symantec telah berjaya rip-off dari aku. -_- Patutlah aku tengok kat Internet, ramai orang komplen pasal Norton. Masalahnya, ibu bapa aku terlalu percayakan Symantec, dan aku tak pasti samada nak convince mereka supaya tukar ke antivirus lain.

----------

I'm not sure whether or not to post about this, but I guess I should. A few days ago, Norton Internet Security 2008 told me via a pop-up that there's a new version of Norton known as Norton Internet Security 2009, and I'm eligible for the upgrade. So I go download and update my copy of Norton up to version 2009. After that, it automatically launches 2009...

And then it told me a bad news: My Symantec subscription has expired.

I was like, what the fuck?! >_< I tried synchronizing Norton to my Symantec account, but it still told me that my subscription has expired. I've just updated my computer to Norton Internet Security 2008 just two months ago. That's the retail version of Norton, which was bought from the computer shop, because on that time, it wasn't possible for me to buy anything on the Internet yet. So buying a new retail copy of Norton was the only way I can renew my subscription back then. By the time I've upgraded to Norton Internet Security 2009, my subscription should've still have 300 days left to go.

For 15 minutes, my computer was exposed to the dangers of the Internet. I don't want to go through the trouble of reinstalling 2008. Thank god, if you have read my recent deviantART blog entries, I have a debit card now, so I've used it to renew my Symantec subscription all over again. This is the 2nd time I ever make payments through the Internet; the first time was renewing my deviantART subscription. As soon as I've renewed my Symantec subscription, Norton Internet Security went up and running as normal, and my computer is secure once again.

I felt pissed-off, because I really felt that Symantec had successfully ripped me off. -_- No wonder as I look at the Internet, people are complaining about Norton a lot. Problem is, my parents trusted Symantec too much, and I'm not sure if I want to convince them to switch to some other antiviruses.
Thursday, 14th August 2008 6:24 PM - Demam -- Caught a cold
unhealthy, unwell, sick
Aku terasa demam hari ni. x_x Seluruh badan terasa lemah dan sakit, kulit tetiba jer bagaikan jadi lebih sensitif daripada biasa. Tekak jadi gatal, maka aku batuk banyak kali. Kepala jadi panas, sehinggakan biji mata terasa bagaikan "digoreng" dengan kepanasan ni. Dan aku terasa pening semacam jer; setiap kali aku berjalan, terasa cam nak jatuh sini sana.

Pada mulanya, aku taknak pergi ke klinik. Aku baru jer gi ke klinik 2 minggu lalu kerana demam yang tak seteruk hari ini. Dan bil medikasi bukannya murah. x_x Tapi demam ni lebih teruk daripada dulu, so aku pun gi jugak ke klinik. Doktor measure suhu badan aku, 38.3°C! x_O;; Sah aku memang demam. Kata doktor, ini disebabkan viral infection. Mak aku pun terasa demam jugak dengan simptom-simptom yang sama, so mungkin aku terjangkit dari mak, ataupun udara semalam ada virus masa tu.

Jumlah bil medikasi RM92.30. Sangat mahal! x_x Aku blame inflasi dunia kerana harga barang telah meningkat lebih tinggi daripada dulu. Nampak gaya, aku kena jadi lebih bijak belanja daripada dulu.

----------

I don't feel so well today. x_x My entire body felt weak and in pain, my skin felt even more sensitive than normal. My throat felt itchy, so I coughed a lot. My head felt steaming hot, so much that my eyeballs felt like being "cooked" by this heat. And I felt like very dizzy; every time I walked, I felt like collapsing here and there.

At first, I don't want to go to the clinic. I've already been to the clinic 2 weeks ago because I caught a cold that wasn't as bad as today. And medication bills aren't cheap. x_x But this cold is even worse than before, so I finally went to the clinic. The doctor measured my body temperature: 38.3°C (100.9°F)! x_O;; So it's clear that I caught a cold. According to the doctor, it's due to a viral infection -- a fever. My mother also got fever, too, with the same symptoms, so either I accidentally got infected from my mother, or the air yesterday was filled with some virus.

The total medication bill is RM92.30. That's very expensive! x_x I blame global inflation for the growing prices even higher than before. Looks like I'll have to be even wiser than before when it comes to spending money.
Thursday, 17th July 2008 9:32 PM - Cacing di atas meja -- A worm on a table
shocked, surprised
Hari ni, mak aku terjumpa seekor cacing kecik kira-kira 8 cm panjangnya kat atas meja dapur. Aku positif ianya seekor cacing, pasal badannya gelap dan bersinar, dan takde mata. Mak aku punyalah takut (mak aku ada fobia ular, cacing dan mana-mana makhluk yang kelihatan seperti ular) sampai mak gi ambik penyapu sampah lidi dan pukulnya banyak kali sampai mati. Mak aku geli nak pegang cacing tu, so aku pun gi ambik cacikg tu dan buangkannya ke dalam plastik sampah.

Kami tak pasti camna cacing tu boleh berada kat atas meja dapur. Aku rasa ianya terjatuh dari siling. Mak aku pula theorize ianya datang dari lantai, dan memanjat dirinya ke atas meja.

----------

Today, my mother found a small worm about 8 cm (3 inches) long on our kitchen table. I'm positive it's a worm, because its body is dark and shiny, and has no eyes. My mother is so frightened (she has a phobia for snakes, worms and any creatures that look like a snake), she took a straw broom and hit it many times until it dies. Because my mother is too squirmish to touch that worm, I picked it up myself and threw it into the plastic dustbin.

We have no idea how the hell that worm got itself onto the kitchen table. I think that it must've fallen from the ceiling. My mother, on the other hand, theorized that it came from the floor, and climbed all the way to the top of the table.
bored, boredom
Aku rasa, aku memang patut gitau korang pasal ni. Tapi, mula-mula, aku nak catch-up selama ni apa yang aku telah lakukan selama ni dalam 2 bulan dan terlupa nak tulis mengenainya dalam journal ni. x_x

Mula-mula sekali, pada 31 Mac lepas, aku baru graduate dari universiti. Sekarang ni, aku masih nak tunggu cari kerja, dan pada masa yang sama, aku dah membuat keputusan untuk ambik course belajar driving kereta. Setakat ni, aku masih ada masa setahun lagi untuk ambik peperiksaan berkomputer driving. Mintak-mintak dapat pass dalam masa setahun ni...

Anyway, dalam pertengahan bulan April, sebagai hadiah graduasi university, mak dan ayah belikan aku sebuah Nintendo DS Lite. Orait! XD Aku memang teringin nak beli Nintendo DS selama ni, kerana ada banyak game yang aku teringin nak main kat Nintendo DS, dan juga pasal aku memang amat fed-up dengan pergaduhan antara para pengguna PSP dan Nintendo DS. -_-

Dalam lingkungan bulan April dan Mei ni, dah banyak filem aku tengok kat panggung wayang: Horton Hears a Who! (dikenali sebagai "Horton" jer kat Malaysia... tak tau kenapa), The Forbidden Kingdom, Iron Man, Speed Racer, dan paling recent sekali, The Chronicles of Narnia: Prince Caspian.

Pada hari aku tengok The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, sebaik jer aku keluar dari panggung wayang, aku gi ke satu kedai magazine kecil untuk beli minuman kat sana. (Kedai magazine tu pun ada jual minuman dan gula-gula gak.) Masa aku kat sana, aku ternampak seorang warga Amerika lelaki (tak taulah, ada possibility gak yang mungkin dia seorang warga Australia atau New Zealand) sedang bergaduh dengan cashier. Dia mendakwa pada cashier yang cashier tak memberikan dia nilai change yang betul. Adalah tidak diketahui siapa yang salah, samada cashier tu sendiri yang tak berikan nilai change yang betul, ataupun si Mat Salleh sendiri yang terburuk sangka dengan nilai changenya sendiri.

Aku masih ingat lagi camna pergaduhan antara Mat Salleh dengan cashier tu tamat. Masa Mat Salleh tu tengah keluar dari kedai dengan muka merajuk, cashier tu shout kat dia, "Fuck you!". Si Mat Salleh tu jawab balik, "Same to you, asshole!".

Event yang aku mention tadi membuatkan aku terasa risau sikit. Event macam tadi tu boleh menyebabkan negara lain mempunyai tanggapan negatif terhadap Malaysia. Dan Malaysia sendiri pun mempunyai tanggapan negatif terhadap negara lain juga. x_x Seperti apa seorang kawan yang aku gitau kat dia cerita ni berkata, memang amat menyedihkan.

Anyway, itulah event yang berlaku selama 2 bulan ni.

----------

I think I should finally told y'all about this. But first, time for me to catch-up what I've done since the past 2 months, but which I forgot to write about them in this journal. x_x

First of all, on March 31st, I have graduated from the university. Now, I'm still waiting to get a job, and at the same time, I've also made-up my mind to take this driving course. So far, I still have one year to take this computerized driving examination. Hopefully, I'll able to pass that damn test within this one year...

Anyway, in the middle of April, as a present for graduating the university, my parents bought me a Nintendo DS Lite. Alright! XD I've always wanted a DS, because there are lots of game I wanted to play with the DS, and because I've gotten fed-up with this constant PSP vs. DS fight among PSP and DS users. -_-

Within April and May, I've seen lots of movies in the cinemas: Horton Hears a Who! (known as just "Horton" in Malaysia... I have no idea why), The Forbidden Kingdom, Iron Man, Speed Racer, and most recent, The Chronicles of Narnia: Prince Caspian.

On the day I watched The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, after leaving the cinema, I went to this small magazine shop to buy a drink there. (They also sell drinks and candies there, too.) While being there, I noticed an American (not sure; it could be that he's actually an Australian or a New Zealander) having a fight with the cashier. He claimed that the cashier did not give him the right amount of change back to him. It is unknown which party is guilty -- either the cashier really didn't give him the right amount of change, or it was the White guy himself who got the wrong idea.

I can still remember how the fight between that White guy and the cashier ended. As the White guy left the shop sulking, the cashier shouted at him, "Fuck you!". The White guy replied, "Same to you, asshole!".

The event that I've mentioned just now made me a little worried. This can leave a negative impression about Malaysia to the rest of the world. The same with Malaysia also having a negative impression about the rest of the world. x_x As a friend of mine who I told him about this said, this is very sad indeed.

Those are the events within these 2 months.
This page was loaded Oct 19th 2018, 12:20 pm GMT.